Hiking, bukan sekadar turunkan berat badan

 


Mesti banyak di sini yang suka dengan aktiviti hiking kan?
Sememangnya aktiviti ini menjadi pilihan riadah semua orang tak kira umur.
Lagi-lagi bila tempat yang ingin dituju itu mempunyai tarikan yang menarik. Sekarang ni pun, banyak tempat-tempat di malaysia yang terkenal dengan pemandanganya yang cantik. Sangat sesuai untuk aktiviti hiking, walaupaun di tengah-tengan kesibukan bandar sekalipun.

Rupanya, hiking ni mempunyai banyak faedah yer, bukan sekadar mampu turunkan berat badan sahaja.
Di sini Shera akan kongsikan beberapa faedah yang kerap kali kita dengar.

Mampu mengurangkan masalah depression dan stress

Aktiviti mendaki, terutamanya mendaki bersama kawan-kawan dan keluarga dapat memberikan perasaan gembira kepada diri pendaki. Apatah lagi, apabila banyak yang merancang untuk berehat dan makan bersama-sama di puncak nanti. Perasaan gembira ini mampu menyembuhkan perasaaan mereka yang sedang dibelenggu dengan fikiran yang negatif. Tidak kurang juga kesanya kepada mereka yang suka mendaki secara bersendirian. Kepuasan apabila berjaya sampai ke puncak itu mampu memberikan kita satu dorongan positif pada minda. Apabila mendaki, pendaki akan dapat melihat banyak kehijauan alam dan udara yang segar. Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan stress. Ia juga boleh melancarkan pemikiran.

Merupakan satu latihan Kardiovaskular yang berkesan

Tidak kira mendaki gunung ataupun mendaki bukit. Badan tetap akan berpeluh. Ini kerana, jantung dalam badan akan mengepam darah yang banyak untuk menyalurkan darah ke seluruh badan. Inilah yang akan membantu berat badan turun. Sebap masa ni lah, kalori badan akan banyak terbakar. Maklumlah, masa mendaki ni lah badan akan banyak menggunakan tenaga, kan tak ada makan waktu mendaki mahupun menuruni bukit. Kalau aktiviti ini selalu dilakukan, jantung jugak akan menjadi semakin sihat.

Mencantikkan bentuk punggung, peha dan kaki

Semasa mendaki, otot yang paling banyak digunakan adalah otot-otot yang terletak di kaki dan otot gluteus. Samalah juga kesanya dengan aktiviti squat down dan berlari. Lemak-lemak di peha dan kaki pasti akan terbakar selepas beberapa kali hiking. Patutlah, para hiker semua ada body yang cantik. Mak-mak boleh cuba aktiviti ni. Boleh lah rancang nak bawa keluarga buat riadah nanti. 

Membina ketahanan minda dan badan

Biasa kita dengar, aktiviti hiking ini akan menguji ketahanan badan untuk bergerak dengan kerap dalam jangka masa yang panjang. Semasa hiking pun, kadang kala trail dakian tu bukan senang yer. Ada  trail yang boleh membahayakan pendaki kalau tidak berhati-hati. Semasa hiking pun kadang kala ada banyak masalah yang tak dijangka yang akan terjadi. Masa ni lah, tetahanan mental dan badan pendaki akan diuji. Jadi, sudah pasti salah satu kebaikan hiking ini adalah mencerdaskan otak untuk memikirkan penyelesaian masalah dan juga melincahkan pergerakan badan pendaki. 

Sangat menarik kan? Lepas ni, siapa yang malas nak hiking tu, boleh lah mula berjinak-jinak. Tak rugi kalau buat yang penting badan sentiasa sihat. Apa yang lebih baik, bentuk badan akan jadi menarik. Siapa yang nak kurus tu boleh cuba setiap minggu.

Ditulis oleh,
Shera, 2022



Comments

Popular Posts