Penyebab bibir hitam dan cara untuk mengatasinya

 



Kenapa bibir boleh gelap?

Bila bercakap tentang bibir gelap, mesti orang akan kaitkan dengan tabiat merokok. Tai sebenarnya, bibir gelap adalah disebapkan oleh faktor yang lain contohnya masalah kesihatan.

Bila bibir gelap, sudah pasti kita akan berasa rendah diri sebap hilang seri kan?

Di sini, Shera akan kongsikan sebab-sebab bibirmenjadi gelap dan cara untuk mengatasinya.

Punca bibir gelap:

  • Terlalu lama terdedah dengan cahaya matahari
  • Kurang minum air
  • Tabiat merokok
  • Kesan sampingan daripada pemakaian ubat gigi yang mempunyai kandungan florida yang tinggi.
  • Alergik dengan product bibir seperti lipstik dan pelembab bibir
  • Mengambil product tinggi caffein seperti kopi dan soda
  • Biasa mengigit bibir
  • Anemia
  • Kekurangan vitamin
  • Kesan sampingan komoterapi
  • Perubahan hormon semasa tempoh mengandung 
  • Penyakit addison (kekurangan hormon)


Kelihatan daripada senarai di atas bahawa ada banyak yang boleh menyebapkan bibir kita menjadi gelap. Justeru apa pulak penyelesaiannya?

Sebenarnya ada banyak cara yang telah dikongsikan daripada merata sumber informasi. Tapi, di sini Shera akan kongsikan beberapa cara yang mudah dan boleh dilakukan sendiri di rumah.

Cara untuk mengatasi bibir gelap:

  • Buka sel kulit mati bibir sekali seminggu dengan scrub bibir. 

  • Gunakan pelembab bibir selalu.
  • Minum air masak dengan kerap.
  • Lembapkan bibir dengan minyak zaitun setiap hari jika kulit bibir sensitif dengan bahan kimia.

  • Gosok bibir dengan campuran gula dan madu sekali seminggu selama beberapa minit dan bilas dengan air suam.
  • Tampal hirisan lemon pada kulit bibir selama beberapa minit setai hari untuk merahkan bibir. 


Sekian perkongsian untuk merahkan bibir yang hitam. Selamat mencuba Uolz.

Shera,2022


Comments

Popular Posts